• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

wanzepah

  • Utama
  • Blog
  • Foto
  • Tentang
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Tips Beli Buku Latihan SPM

28 Ogos 2026

Beli buku latihan online

Anda boleh beli buku latihan online atau dekat kedai. Saya prefer online sebab pilihan yang lebih banyak.

Kalau pergi kedai buku, pilihan terhad. Nak banyakkan pilihan kena pergi cari kedai buku lain. Dah bazir masa dengan tenaga dah dekat situ.

Kalau anda mampu, saya sarankan anda cuba buku latihan daripada beberapa penerbit yang berbeza. Sebabnya anda tak boleh nak tentukan buku mana yang sesuai untuk anda guna.

Lagipun kalau anda beli buku online, anda tak boleh tengok pun keseluruhan isi kandungan buku-buku latihan yang dijual.


Beli buku latihan yang jawapannya ada jalan pengiraan

Untuk buku latihan subjek yang ada pengiraan macam matematik, fizik, kimia dan lain-lain, pastikan ada jalan pengiraan. Kenapa?

Supaya mudah untuk anda semak jawapan bila dah buat latihan. Anda boleh tahu dekat bahagian mana yang salah dalam pengiraan anda

Kalau tak ada jalan kira, anda terpaksalah fikir sendiri dekat mana anda salah.


Beli buku latihan KBSM

Bila nak beli buku latihan, boleh jugak anda pertimbangkan beli buku latihan kurikulum lama, KBSM. Kurikulum baru ialah KSSM.

Tapi, kena ada sebab yang kukuh untuk guna buku lama. Sebabnya ada beberapa masalah.

Masalah utama ialah perbezaan kandungan yang ada dalam suatu subjek bawah kurikulum lama dengan baru. Jadinya, kalau anda nak beli jugak buku latihan KBSM, anda kena cari jugak buku latihan KSSM sebagai pelengkap.

Dalam banyak-banyak buku latihan yang saya ada, hanya dua buku latihan sahaja yang kurikulumnya KBSM, iaitu buku latihan add maths terbitan Pelangi.

Kenapa saya ada dua-dua buku ni?

Salah satu sebabnya ada jalan pengiraan yang lengkap, iaitu buku warna biru. Yang menariknya, jalan pengiraannya bukan dalam buku tapi dalam CD. Saya kena guna komputer untuk akses jalan pengiraan.

Pada masa yang sama, dua-dua buku ada banyak gila soalan. Setiap topik boleh cecah seratus lebih soalan. Soalan-soalan yang ada lebih kepada nak mengukuhkan basic understanding untuk suatu topik. Ada juga soalan-soalan KBAT.

Akhir sekali, kedua-duanya mempunyai soalan yang dibahagikan mengikut subtopik. Jadinya, saya boleh kuasai setiap subtopik satu per satu.

Setakat yang saya cari, saya masih belum jumpa buku latihan Add Maths KSSM zaman sekarang yang mempunyai keempat-empat ciri ini sekali: ada jalan pengiraan yang lengkap, soalan

yang banyak, banyak soalan untuk mengukuhkan basic understanding dan soalan dibahagikan mengikut subtopik.


Beli buku yang banyak soalan basic dan banyak soalan susah

Kalau anda nak beli lebih daripada satu buku latihan, saya cadangkan anda beli buku latihan yang soalannya mudah dengan susah.

Tujuan beli buku latihan yang soalannya mudah adalah untuk mengukuhkan basic understanding anda. Manakala, buku latihan yang banyak soalan susah atau KBAT adalah untuk anda menguji sama ada anda dah betul-betul faham dan boleh apply apa yang dah belajar.

Berdasarkan buku yang saya pernah guna, buku latihan Pelangi dan Sasbadi lebih banyak membantu saya mengukuhkan pemahaman asas bagi setiap topik. Buku latihan daripada Pan Asia pula, berdasarkan pengalaman saya, mempunyai banyak soalan KBAT.

Mungkin ada juga jenama lain yang sesuai tetapi berdasarkan pengalaman saya, saya hanya beli buku latihan daripada ketiga-tiga penerbit ini je.


Semoga post ini bermanfaat. Kalau anda nak tanya apa-apa, boleh hubungi saya menerusi borang di page Hubungi. Boleh klik di sini: Hubungi.

Filed Under: Uncategorized

Hak Cipta © 2026 wanzepah · Dasar Privasi