• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

wanzepah

  • Utama
  • Blog
  • Foto
  • Tentang
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Blog

Kalau Saya Kembali Jadi Pelajar Form 3 (2): Saya Akan Mula Dengan Add Maths

20 September 2026

“Add Maths?”

Ya, Add Maths. Bukan Matematik Form 4.

Ini jugak apa yang saya buat dulu. Boleh kata, kebanyakan benda yang saya akan tulis dalam siri ni saya buat sebelum SPM.

“Kenapa Add Maths?”

Bagi saya, Add Maths ialah antara subjek yang ambil masa paling lama untuk kuasai.

Add Maths bukan sekadar saya perlu faham dan hafal formula tapi macam mana dan bila nak gunakan formula. Saya kena buat latihan yang sangat banyak.

Jadinya, kalau saya start study Add Maths awal, saya akan habis awal. Saya akan rasa lega saya dah habis belajar Add Maths and saya pun akan ada masa yang banyak untuk buat persiapan sebelum SPM tiba.

“Kenapa bukan Matematik Form 4 dulu?”

Untuk belajar Add Maths Form 4, tak perlu belajar Matematik Form 4. Sama jugak untuk Add Maths Form 5

Requirement untuk belajar Add Maths ialah kena kuasai Matematik lower form.

Disebabkan saya dah dah kuasai Matematik lower form, saya boleh terus study Add Maths tanpa study Matematik Form 4 dulu.

“Kalau Matematik lower form saya lemah?”

Katakan Matematik lower form saya lemah.

Kalau anda dah baca post sebelum ni, anda akan tahu yang saya akan start belajar seawal cuti sekolah akhir Form 3.

Jadi, waktu cuti nilah saya akan study secara intensif. Target saya, bila sesi sekolah dah mula tahun depan, saya dah kuasai Matematik lower form. Then, saya akan continue dengan study Add Maths.

Sebelum saya mula belajar Add Maths atau mana-mana subjek, ada beberapa benda yang saya akan buat. Salah satunya ialah:

Saya akan bina study tracker.

Kalau Saya Kembali Jadi Pelajar Form 3 (1): Saya Akan Mula Study Awal

9 September 2026

Katakan saya kembali balik jadi pelajar form 3 sekarang. Bukan time travel kembali balik ke masa saya form 3. Katakan cuti sekolah akhir form 3 baru mula.

Saya lupa semua apa yang saya belajar masa form 4 and form 5. Bahan belajar yang saya ada lenyap.

Saya dah ada impian untuk dapat straight A+ dalam peperiksaan SPM sebagai student aliran sains.

Jadi, apa yang saya akan buat?

Anggaplah pada masa ni saya hanya ada dua advantage terbesar: saya mahir maths lower form, dan saya masih ingat lagi semua teknik belajar masa saya nak SPM dulu dengan waktu saya dekat asasi.

Saya takkan lengahkan masa. Saya akan start mula prepare untuk SPM. Kalau parents saya decide nak pergi cuti, lepas cuti baru saya start study.

“Apesal awal sangat study. SPM 2 tahun lagi kot. Kalau nak study pun habis cuti sekolah la. Tu pun awal sangat.“

Inilah apa yang saya buat dulu. Tapi kenapa?

Sebab saya fikir, “Kalau aku study awal, aku boleh habis awal.”

Habis study dekat sini bermaksud semua topik dalam semua subjek saya dah belajar, faham dan dah buat latihan. Tak bermaksud saya hafal 100%.

Bila saya habis study awal, saya boleh fokus untuk buat soalan trial SPM dengan soalan sebenar tahun-tahun lepas. Saya boleh biasakan diri dengan suasana seolah-olah saya hadapi exam sebenar. Jawab setiap kertas ikut masa dengan ikut format sebenar. Time orang lain baru habis belajar, saya dah buat soalan exam.

Daripada situlah, saya dapat identify banyak masalah:

  • Subjek mana yang tak kuasai.
  • Topik mana yang saya masih lemah.
  • Jenis soalan yang saya selalu salah.

Memandangkan saya habis study awal, saya ada masa untuk solve semua masalah yang saya ada.

Habis awal jugak bermaksud saya masih ada banyak masa sebelum SPM untuk saya bertenang.

Kalau saya mula lambat dan habis belajar dalam dua ke tiga minggu sebelum SPM, masa untuk saya kuasai semua subjek jadi sangat-sangat pendek. Waktu tu, saya akan rasa stres. Saya mulalah start cakap,

“SPM dah dekat gila ni. Aku dahlah tak master lagi semua subjek.”

Mulalah saya rasa menyesal, rasa anxious, malam susah nak tidur.

Nak tahu apa yang paling saya takut? Blank.

Rasa seolah-olah apa yang saya belajar selama ni ‘hilang’. Saya tak boleh bayang kalau ni jadi dekat saya.

At the same time, bila saya mula study awal, saya dapat bina disiplin dari awal. Disiplin apa? Disiplin untuk study.

Bayangkan, masa cuti sekolah memang banyak aktiviti yang seronok nak buat: main game, tengok movie, tidur, melepak dengan member. Tapi, saya masih boleh dedicate sebahagian masa saya setiap hari untuk study bersungguh-sungguh.

Ya, sebahagian masa saya je. Bukan saya study setiap masa pun. Lepas study, saya rewardlah diri saya dengan main game.

Disebabkan saya berjaya biasakan diri macam ni masa cuti sekolah, saya dah bina momentum untuk dua tahun seterusnya. Bila saya dah masuk Form 4, study bersungguh-sungguh bukan lagi sesuatu yang saya baru nak paksa diri untuk buat. Saya dah biasa. Bak kata peribahasa, “Alah bisa, tegal biasa”.

Jadi, sebab-sebab saya study lebih awal berbanding orang lain adalah supaya:

  • Saya habis study awal.
  • Ada masa yang banyak untuk saya uji diri, baiki kelemahan saya dan bertenang.
  • Dah bina momentum dan disiplin untuk saya study.

“Ok lah. Aku setuju. Tapi, aku kena ke start seawal cuti sekolah akhir Form 3?”

Tak semestinya. Terpulang kepada anda untuk decide.

Lagipun, kalau anda masih belum sedar, apa yang saya tulis ni berdasarkan perspektif saya. Anda tengah baca apa yang saya akan buat, bukan apa yang anda perlu buat. Kalau anda nak ikut, boleh je nak ikut sepenuhnya atau tak.

Cumanya, saya nak tekankan dekat sini: lebih awal anda study, lebih baiklah.

Apa-apa pun, kalau anda pelajar form 3 yang berjaya overcome rasa malas dan dedicate sebahagian masa anda setiap hari untuk study masa cuti sekolah akhir tahun macam saya, saya salute. Sekurang-kurangnya, anda dah mula buat persediaan yang sangat-sangat awal berbanding kebanyakan pelajar.

Jadi, berbalik kepada pelan saya iaitu study seawal yang mungkin iaitu bermula cuti sekolah akhir form 3.

Kalau anda ingat, saya ada mention saya ada satu kelebihan iaitu saya dah mahir maths lower form. Jadi, anda rasa apa yang akan saya study dulu?

Add maths.

Tips Beli Buku Latihan SPM

28 Ogos 2026

Beli buku latihan online

Anda boleh beli buku latihan online atau dekat kedai. Saya prefer online sebab pilihan yang lebih banyak.

Kalau pergi kedai buku, pilihan terhad. Nak banyakkan pilihan kena pergi cari kedai buku lain. Dah bazir masa dengan tenaga dah dekat situ.

Kalau anda mampu, saya sarankan anda cuba buku latihan daripada beberapa penerbit yang berbeza. Sebabnya anda tak boleh nak tentukan buku mana yang sesuai untuk anda guna.

Lagipun kalau anda beli buku online, anda tak boleh tengok pun keseluruhan isi kandungan buku-buku latihan yang dijual.


Beli buku latihan yang jawapannya ada jalan pengiraan

Untuk buku latihan subjek yang ada pengiraan macam matematik, fizik, kimia dan lain-lain, pastikan ada jalan pengiraan. Kenapa?

Supaya mudah untuk anda semak jawapan bila dah buat latihan. Anda boleh tahu dekat bahagian mana yang salah dalam pengiraan anda

Kalau tak ada jalan kira, anda terpaksalah fikir sendiri dekat mana anda salah.


Beli buku latihan KBSM

Bila nak beli buku latihan, boleh jugak anda pertimbangkan beli buku latihan kurikulum lama, KBSM. Kurikulum baru ialah KSSM.

Tapi, kena ada sebab yang kukuh untuk guna buku lama. Sebabnya ada beberapa masalah.

Masalah utama ialah perbezaan kandungan yang ada dalam suatu subjek bawah kurikulum lama dengan baru. Jadinya, kalau anda nak beli jugak buku latihan KBSM, anda kena cari jugak buku latihan KSSM sebagai pelengkap.

Dalam banyak-banyak buku latihan yang saya ada, hanya dua buku latihan sahaja yang kurikulumnya KBSM, iaitu buku latihan add maths terbitan Pelangi.

Kenapa saya ada dua-dua buku ni?

Salah satu sebabnya ada jalan pengiraan yang lengkap, iaitu buku warna biru. Yang menariknya, jalan pengiraannya bukan dalam buku tapi dalam CD. Saya kena guna komputer untuk akses jalan pengiraan.

Pada masa yang sama, dua-dua buku ada banyak gila soalan. Setiap topik boleh cecah seratus lebih soalan. Soalan-soalan yang ada lebih kepada nak mengukuhkan basic understanding untuk suatu topik. Ada juga soalan-soalan KBAT.

Akhir sekali, kedua-duanya mempunyai soalan yang dibahagikan mengikut subtopik. Jadinya, saya boleh kuasai setiap subtopik satu per satu.

Setakat yang saya cari, saya masih belum jumpa buku latihan Add Maths KSSM zaman sekarang yang mempunyai keempat-empat ciri ini sekali: ada jalan pengiraan yang lengkap, soalan

yang banyak, banyak soalan untuk mengukuhkan basic understanding dan soalan dibahagikan mengikut subtopik.


Beli buku yang banyak soalan basic dan banyak soalan susah

Kalau anda nak beli lebih daripada satu buku latihan, saya cadangkan anda beli buku latihan yang soalannya mudah dengan susah.

Tujuan beli buku latihan yang soalannya mudah adalah untuk mengukuhkan basic understanding anda. Manakala, buku latihan yang banyak soalan susah atau KBAT adalah untuk anda menguji sama ada anda dah betul-betul faham dan boleh apply apa yang dah belajar.

Berdasarkan buku yang saya pernah guna, buku latihan Pelangi dan Sasbadi lebih banyak membantu saya mengukuhkan pemahaman asas bagi setiap topik. Buku latihan daripada Pan Asia pula, berdasarkan pengalaman saya, mempunyai banyak soalan KBAT.

Mungkin ada juga jenama lain yang sesuai tetapi berdasarkan pengalaman saya, saya hanya beli buku latihan daripada ketiga-tiga penerbit ini je.


Semoga post ini bermanfaat. Kalau anda nak tanya apa-apa, boleh hubungi saya menerusi borang di page Hubungi. Boleh klik di sini: Hubungi.

Cara Saya Buat Latihan untuk SPM

24 Ogos 2026

Nota:

  1. Strategi yang saya tulis dalam post ini saya hasilkan dan guna sendiri.
  2. Anda tak perlu ikut sebijik-sebijik. Kalau ada bahagian yang anda tak setuju dan anda nak ikut cara sendiri, takda masalah.
  3. Strategi ini juga lebih sesuai kalau anda masih ada banyak lagi masa sebelum SPM, terutamanya kalau anda baru masuk tingkatan 4. Kalau tinggal beberapa bulan sahaja sebelum SPM, saya sarankan anda tak ikut strategi ini sepenuhnya.
  4. Strategi ini cuma untuk membantu anda belajar dengan lebih sistematik dan meningkatkan peluang anda untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Strategi ini tak akan menjanjikan anda straight A+ dalam peperiksaan SPM.

Buat latihan subtopikal

Saya akan buat latihan untuk setiap subtopik terlebih dahulu. Barulah saya buat latihan untuk topik itu secara keseluruhan. Ini apa yang saya buat untuk kebanyakan subjek.

Untuk latihan subtopikal, saya akan buat latihan yang ada dalam buku teks. Sebabnya, susah nak jumpa buku latihan yang latihannya dibahagikan mengikut subtopik.

Kenapa anda perlu buat latihan subtopikal dulu baru latihan topikal? Secara ringkasnya, cara ini memastikan saya kuasai setiap bahagian dalam suatu topik.

Berapa banyak latihan subtopikal yang anda perlu buat?

Bagi saya, habiskan latihan subtopikal yang ada dalam buku teks. Insya-Allah, dah memadai.


Cara semak latihan subtopikal

Ada sesetengah buku teks yang tak ada jawapan untuk latihan-latihannya dekat akhir buku. Jadi, anda boleh cari dekat Google. Boleh cari macam ini:

“jawapan buku teks kimia tingkatan 4”

Website yang saya selalu visit untuk dapatkan jawapan buku teks ialah ialah Bumi Gemilang. Ini link ke websitenya: Bumi Gemilang

Untuk subjek yang ada pengiraan, ada satu masalah. Kadang-kadang, jawapan dalam buku teks untuk soalan-soalan pengiraan hanya ada jawapan akhir. Tak ada jalan pengiraan. Contohnya, matematik dengan matematik tambahan.

Jadi, saya akan cari jalan pengiraan dekat YouTube. Macam mana? Saya tengok dulu nama bahagian latihan subtopikal yang saya tengah buat. Contohnya, macam dalam gambar dekat bawah, “Praktis Kendiri 1.1a” daripada buku teks matematik tingkatan 4.

Latihan subtopikal subtopik 1.1 buku teks matematik tingkatan 4

Lepas itu, saya cari dekat YouTube:

“praktis kendiri 1.1a bab 1 matematik tingkatan 4”

Biasanya, saya selalu tengok video daripada Cikgu Chong dengan
Teacher Mirah untuk tengok jalan pengiraan bagi soalan-soalan yang ada dalam buku teks matematik dengan matematik tambahan.

Ini link untuk ke channel YouTube mereka:

  • Cikgu Chong
  • Teacher Mirah

Buat latihan topikal

Selepas dah buat latihan untuk setiap subtopik, barulah saya buat latihan topikal.

Latihan topikal ini, kalau anda tak tahu, dalam buku teks biasanya duduk dekat akhir bab. Saya akan buat yang ini dulu.

Latihan topikal atau latihan akhir bab 1 buku teks matematik tingkatan 4

Then, saya akan jawab soalan dalam buku latihan yang saya beli atau jawab soalan dalam i-Learn ACE. Kadang-kadang, saya buat dua-dua. Sebabnya, bagi saya latihan dalam buku teks tak cukup.

Mungkin ada yang tertanya apa itu i-Learn ACE. Ia satu platform pembelajaran macam Pandai. Saya guna platform ini sejak sekolah rendah lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal i-Learn ACE, boleh baca post saya di sini: Pengalaman Saya Menggunakan i-Learn ACE untuk SPM

Untuk semak latihan topikal, sama sahaja caranya seperti anda semak latihan subtopikal.


Saya rasa itu je untuk post kali ini dalam siri ini. Saya akan sambung tentang tips beli buku latihan dalam post yang seterusnya.

Pengalaman Saya Menggunakan i-Learn ACE untuk SPM

21 Ogos 2026

Untuk post kali ini, saya decide untuk tulis tentang pengalaman saya menggunakan satu platform pembelajaran sebelum mengambil SPM, iaitu i-Learn ACE.

Nota: Saya akan hanya berkongsi beberapa feature i-Learn ACE yang saya selalu guna dalam post ini. Ia bukan ulasan menyeluruh tentang semua feature yang disediakan.

Apa itu i-Learn ACE?

i-Learn ACE ialah sebuah platform pembelajaran yang ditubuhkan oleh Sasbadi. Saya dah gunakan platform ini sejak sekolah rendah sampailah saya ambil SPM. Boleh kata saya dah lama saya gunakan platform ini untuk saya buat latihan. Saya rasa inilah antara penyumbang terbesar kepada kejayaan saya untuk meraih straight A+ dalam peperiksaan SPM.

Apa yang ada dalam i-Learn ACE?

Dalam i-Learn ACE, antara feature yang ada:

  • Latihan topikal objektif, subjektif dan kertas ujian untuk pelbagai subjek
  • Nota untuk pelbagai subjek
  • Leaderboard untuk tengok kedudukan anda dan pengguna i-Learn ACE yang lain

Macam mana latihan objektif dalam i-Learn ACE?

Untuk latihan objektif, ada tiga aras kesukaran yang anda boleh pilih iaitu mudah, sederhana dan sukar. Setiap set mengandungi 20 soalan dan setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan.

Selepas anda selesai jawab satu set latihan objektif, jawapan anda akan dinilai secara automatik dan markah yang anda peroleh akan terus dipaparkan.

Untuk suatu topik, anda hanya boleh jawab tiga set latihan objektif dalam satu sesi. Selepas habis tiga set tersebut, anda perlu tunggu lebih kurang tiga jam sebelum boleh buat latihan untuk topik yang sama semula.

Semua latihan objektif yang pernah anda buat akan direkodkan. Jadi, anda boleh tengok semula prestasi anda dan statistik pencapaian secara keseluruhan di laman Kemajuan. Di sini, saya lampirkan screenshot statistik keseluruhan untuk latihan objektif subjek biologi yang saya buat sebelum SPM. Ini juga menjadi salah satu bukti yang saya betul-betul menggunakan i-Learn ACE.

Satu lagi perkara yang agak menarik ialah ibu bapa juga boleh memantau latihan yang anda buat. Ibu bapa akan menerima e-mel apabila anda buat latihan. Melalui emel tersebut, mereka boleh tahu kita buat latihan untuk subjek apa dan berapa markah yang kita dapat.

Macam mana pula dengan latihan subjektif dalam i-Learn ACE?

i-Learn ACE juga ada sediakan latihan subjektif. Tetapi, ada satu perbezaan besar kalau dibandingkan latihan objektif.

Untuk latihan objektif, jawapan kita dinilai dan markah terus dipaparkan. Tetapi untuk latihan subjektif, ia sebaliknya: jawapan anda tak akan dinilai secara automatik dan anda juga tidak akan mendapat markah. Maksudnya, anda perlu semak dan nilai sendiri jawapan anda berdasarkan skema yang akan diberikan apabila anda dah jawab latihan subjektif.

Macam mana leaderboard berfungsi?

Kedudukan anda pada leaderboard adalah berdasarkan bilangan A yang anda peroleh bila anda buat set latihan objektif. Lagi banyak set latihan objektif yang anda jawab dapat gred A, lagi tinggi kedudukan anda pada leaderboard. Leaderboard akan reset pada setiap bulan.

Saya tak tahulah macam mana sekarang tapi masa saya sekolah rendah dulu, saya ingat lagi yang agak sengitlah kalau saya nak naikkan ranking saya pada leaderboard. Hari-hari, waktu saya log in ke dalam akaun saya, saya tengok kedudukan saya mesti berubah. Inilah jadi suatu motivasi kepada saya untuk buat lebih banyak latihan. Bila saya dah sekolah menegah, tak sengit dah. Mungkin sebab dah tak ramai yang guna. Saya pun dah tak lagi bergantung kepada leaderboard sebagai motivasi untuk saya belajar.

Apa-apa pun, selalunya bilangan A yang yang saya ada berpuluh-puluh. Kadang-kadang, beratus. Cumanya, saya tak jumpa screenshot untuk saya letak dekat sini sebagai bukti. Huhu…

Adakah i-Learn ACE boleh digunakan secara percuma?

Unfortunately, no. Anda perlu bayar lebih kurang RM300 setahun untuk akses semua feature yang ada dalam i-Learn ACE. Ya, agak mahal tetapi sangatlah berbaloi berdasarkan pengalaman saya.

Anda boleh tengok dalam screenshot di bawah macam mana kalau anda ada akaun i-Learn ACE tetapi tak melanggan. Anda tidak boleh akses feature yang ada. Contohnya, latihan objektif.

Macam mana i-Learn ACE kalau dibandingkan dengan Pandai?

Sejujurnya, saya tak pernah guna Pandai. Kalau anda tak tahu Pandai tu apa, ia merupakan platform pembelajaran yang agak popular sekarang. Jadinya, saya tak boleh nak buat perbandingan yang adil. Lagipun, saya cuma nak share pengalaman saya sendiri menggunakan i-Learn ACE dalam post ini

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati guna i-Learn ACE. Itu sahaja untuk post kali ini. Kalau anda ada apa-apa pertanyaan tentang i-Learn ACE atau cara belajar ke, boleh hubungi saya di sini: Hubungi

2 Tips untuk Study Add Maths

13 Ogos 2026

Untuk post pertama saya di sini, saya decide untuk berkongsi beberapa tips berkaitan add maths.

1. Study dari awal

Saya mula study add maths masa cuti sekolah akhir tahun form 3.

Adakah saya dah study maths form 4 sebelum itu? Tak.

Anda perlu faham bahawa kalau anda nak study add maths form 4, anda tak perlu pun study maths form 4 dulu. Sama juga untuk add maths form 5.

Cuma, ada 1 syarat: anda kena kuasai matematik tingkatan 1, 2 dan 3 dahulu.

2. Beli kalkulator fx-570EX

Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa saya syorkan anda untuk beli kalkulator ini.

Tapi untuk add maths, antara kelebihan yang ada pada kalkulator ini ialah mod spreadsheet. Mod ini sangatlah membantu bila anda nak jawab soalan Hukum Linear sebab anda boleh bina jadual dengan mudah. Kalau anda nak tahu bagaimana, boleh lihat video daripada Cikgu Hassan di bawah.

Walaupun post ini agak pendek, saya harap post ini sedikit sebanyak membantu anda study add maths. Kalau anda nak tanya apa-apa, boleh hubungi saya dekat sini: Hubungi

Hak Cipta © 2026 wanzepah · Dasar Privasi