• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

wanzepah

  • Utama
  • Blog
  • Foto
  • Tentang
  • Hubungi
  • Show Search
Hide Search

Kalau Saya Kembali Jadi Pelajar Form 3 (1): Saya Akan Mula Study Awal

9 September 2026

Katakan saya kembali balik jadi pelajar form 3 sekarang. Bukan time travel kembali balik ke masa saya form 3. Katakan cuti sekolah akhir form 3 baru mula.

Saya lupa semua apa yang saya belajar masa form 4 and form 5. Bahan belajar yang saya ada lenyap.

Saya dah ada impian untuk dapat straight A+ dalam peperiksaan SPM sebagai student aliran sains.

Jadi, apa yang saya akan buat?

Anggaplah pada masa ni saya hanya ada dua advantage terbesar: saya mahir maths lower form, dan saya masih ingat lagi semua teknik belajar masa saya nak SPM dulu dengan waktu saya dekat asasi.

Saya takkan lengahkan masa. Saya akan start mula prepare untuk SPM. Kalau parents saya decide nak pergi cuti, lepas cuti baru saya start study.

“Apesal awal sangat study. SPM 2 tahun lagi kot. Kalau nak study pun habis cuti sekolah la. Tu pun awal sangat.“

Inilah apa yang saya buat dulu. Tapi kenapa?

Sebab saya fikir, “Kalau aku study awal, aku boleh habis awal.”

Habis study dekat sini bermaksud semua topik dalam semua subjek saya dah belajar, faham dan dah buat latihan. Tak bermaksud saya hafal 100%.

Bila saya habis study awal, saya boleh fokus untuk buat soalan trial SPM dengan soalan sebenar tahun-tahun lepas. Saya boleh biasakan diri dengan suasana seolah-olah saya hadapi exam sebenar. Jawab setiap kertas ikut masa dengan ikut format sebenar. Time orang lain baru habis belajar, saya dah buat soalan exam.

Daripada situlah, saya dapat identify banyak masalah:

  • Subjek mana yang tak kuasai.
  • Topik mana yang saya masih lemah.
  • Jenis soalan yang saya selalu salah.

Memandangkan saya habis study awal, saya ada masa untuk solve semua masalah yang saya ada.

Habis awal jugak bermaksud saya masih ada banyak masa sebelum SPM untuk saya bertenang.

Kalau saya mula lambat dan habis belajar dalam dua ke tiga minggu sebelum SPM, masa untuk saya kuasai semua subjek jadi sangat-sangat pendek. Waktu tu, saya akan rasa stres. Saya mulalah start cakap,

“SPM dah dekat gila ni. Aku dahlah tak master lagi semua subjek.”

Mulalah saya rasa menyesal, rasa anxious, malam susah nak tidur.

Nak tahu apa yang paling saya takut? Blank.

Rasa seolah-olah apa yang saya belajar selama ni ‘hilang’. Saya tak boleh bayang kalau ni jadi dekat saya.

At the same time, bila saya mula study awal, saya dapat bina disiplin dari awal. Disiplin apa? Disiplin untuk study.

Bayangkan, masa cuti sekolah memang banyak aktiviti yang seronok nak buat: main game, tengok movie, tidur, melepak dengan member. Tapi, saya masih boleh dedicate sebahagian masa saya setiap hari untuk study bersungguh-sungguh.

Ya, sebahagian masa saya je. Bukan saya study setiap masa pun. Lepas study, saya rewardlah diri saya dengan main game.

Disebabkan saya berjaya biasakan diri macam ni masa cuti sekolah, saya dah bina momentum untuk dua tahun seterusnya. Bila saya dah masuk Form 4, study bersungguh-sungguh bukan lagi sesuatu yang saya baru nak paksa diri untuk buat. Saya dah biasa. Bak kata peribahasa, “Alah bisa, tegal biasa”.

Jadi, sebab-sebab saya study lebih awal berbanding orang lain adalah supaya:

  • Saya habis study awal.
  • Ada masa yang banyak untuk saya uji diri, baiki kelemahan saya dan bertenang.
  • Dah bina momentum dan disiplin untuk saya study.

“Ok lah. Aku setuju. Tapi, aku kena ke start seawal cuti sekolah akhir Form 3?”

Tak semestinya. Terpulang kepada anda untuk decide.

Lagipun, kalau anda masih belum sedar, apa yang saya tulis ni berdasarkan perspektif saya. Anda tengah baca apa yang saya akan buat, bukan apa yang anda perlu buat. Kalau anda nak ikut, boleh je nak ikut sepenuhnya atau tak.

Cumanya, saya nak tekankan dekat sini: lebih awal anda study, lebih baiklah.

Apa-apa pun, kalau anda pelajar form 3 yang berjaya overcome rasa malas dan dedicate sebahagian masa anda setiap hari untuk study masa cuti sekolah akhir tahun macam saya, saya salute. Sekurang-kurangnya, anda dah mula buat persediaan yang sangat-sangat awal berbanding kebanyakan pelajar.

Jadi, berbalik kepada pelan saya iaitu study seawal yang mungkin iaitu bermula cuti sekolah akhir form 3.

Kalau anda ingat, saya ada mention saya ada satu kelebihan iaitu saya dah mahir maths lower form. Jadi, anda rasa apa yang akan saya study dulu?

Add maths.

Filed Under: Uncategorized

Hak Cipta © 2026 wanzepah · Dasar Privasi