Nota:
- Strategi yang saya tulis dalam post ini saya hasilkan dan guna sendiri.
- Anda tak perlu ikut sebijik-sebijik. Kalau ada bahagian yang anda tak setuju dan anda nak ikut cara sendiri, takda masalah.
- Strategi ini juga lebih sesuai kalau anda masih ada banyak lagi masa sebelum SPM, terutamanya kalau anda baru masuk tingkatan 4. Kalau tinggal beberapa bulan sahaja sebelum SPM, saya sarankan anda tak ikut strategi ini sepenuhnya.
- Strategi ini cuma untuk membantu anda belajar dengan lebih sistematik dan meningkatkan peluang anda untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Strategi ini tak akan menjanjikan anda straight A+ dalam peperiksaan SPM.
Buat latihan subtopikal
Saya akan buat latihan untuk setiap subtopik terlebih dahulu. Barulah saya buat latihan untuk topik itu secara keseluruhan. Ini apa yang saya buat untuk kebanyakan subjek.
Untuk latihan subtopikal, saya akan buat latihan yang ada dalam buku teks. Sebabnya, susah nak jumpa buku latihan yang latihannya dibahagikan mengikut subtopik.
Kenapa anda perlu buat latihan subtopikal dulu baru latihan topikal? Secara ringkasnya, cara ini memastikan saya kuasai setiap bahagian dalam suatu topik.
Berapa banyak latihan subtopikal yang anda perlu buat?
Bagi saya, habiskan latihan subtopikal yang ada dalam buku teks. Insya-Allah, dah memadai.
Cara semak latihan subtopikal
Ada sesetengah buku teks yang tak ada jawapan untuk latihan-latihannya dekat akhir buku. Jadi, anda boleh cari dekat Google. Boleh cari macam ini:
“jawapan buku teks kimia tingkatan 4”
Website yang saya selalu visit untuk dapatkan jawapan buku teks ialah ialah Bumi Gemilang. Ini link ke websitenya: Bumi Gemilang

Untuk subjek yang ada pengiraan, ada satu masalah. Kadang-kadang, jawapan dalam buku teks untuk soalan-soalan pengiraan hanya ada jawapan akhir. Tak ada jalan pengiraan. Contohnya, matematik dengan matematik tambahan.
Jadi, saya akan cari jalan pengiraan dekat YouTube. Macam mana? Saya tengok dulu nama bahagian latihan subtopikal yang saya tengah buat. Contohnya, macam dalam gambar dekat bawah, “Praktis Kendiri 1.1a” daripada buku teks matematik tingkatan 4.

Lepas itu, saya cari dekat YouTube:
“praktis kendiri 1.1a bab 1 matematik tingkatan 4”
Biasanya, saya selalu tengok video daripada Cikgu Chong dengan
Teacher Mirah untuk tengok jalan pengiraan bagi soalan-soalan yang ada dalam buku teks matematik dengan matematik tambahan.
Ini link untuk ke channel YouTube mereka:


Buat latihan topikal
Selepas dah buat latihan untuk setiap subtopik, barulah saya buat latihan topikal.
Latihan topikal ini, kalau anda tak tahu, dalam buku teks biasanya duduk dekat akhir bab. Saya akan buat yang ini dulu.

Then, saya akan jawab soalan dalam buku latihan yang saya beli atau jawab soalan dalam i-Learn ACE. Kadang-kadang, saya buat dua-dua. Sebabnya, bagi saya latihan dalam buku teks tak cukup.
Mungkin ada yang tertanya apa itu i-Learn ACE. Ia satu platform pembelajaran macam Pandai. Saya guna platform ini sejak sekolah rendah lagi.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal i-Learn ACE, boleh baca post saya di sini: Pengalaman Saya Menggunakan i-Learn ACE untuk SPM
Untuk semak latihan topikal, sama sahaja caranya seperti anda semak latihan subtopikal.
Saya rasa itu je untuk post kali ini dalam siri ini. Saya akan sambung tentang tips beli buku latihan dalam post yang seterusnya.